Tuesday, September 13, 2011

UNSUR-UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU

Unsur-unsur Asing Dalam Bahasa Melayu 


Peminjaman usur-unsur bahasa (terutamanya perkataan) bahasa asing merupakan kelaziman. 
Terdapat unsur-unsur asing dalam bahasa Melayu. 
a. Tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memebrikan nama am atau khsusu kepada benda, perkara (fenomena) 
b. Perkataan bahaas melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing. 
c. Kegemaran menggunakan bahasa asing. 
d. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk, atau kerana sikap mengaggungkan bahasa asing .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab. 

Peminjaman unsur asing oleh bahasa Melayu dapat dilihat dari segi peminjaman: 
a. huruf atau sistem tulisan 
b. bunyi-bunyi 
c. imbuhan 
d. kosa kata sepertiperkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan 
e. struktur ayat. 

Jenis-jenis peminjaman 

a. peminjaman tulen (matematik, bonus) 
b. peminjaman kacukan (kasut but) 
c. peminjaman pemerian (kapal selam, kapal terbang, peluru meriam) 
d, peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang). 
e. peminjaman kuno (purnama) 
f. peminjaman berpindah (vokal/vowel) 

Susur galur peminjaman kata-kata adalah seperti berikut: 
Sanskrit - Arab - Indonesia - Inggeris 

Bunyi-bunyi Asing 

Daripada bunyi-bunyi yang ada dalam bahasa Melayu, memang terdapat pinjaman daripada bahasa-bahasa Arab, Inggeris dan sanskrit. 
Daripada bahasa Sanskrit, kita dapati bunyi seperti /sy/ dan /sw/ seperti dala perkataan syurga, swadaya, swasta, swalayan dan swasenyawa. 
Daripada bahasa Arab dan Parsi terpahat pula, terdapat bunyi-bunyi seperti dalam jadual di bawah. Bunyi /sy/ yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit diperteguh dengan meminjamnya daripada bahasa Arab dan Parsi pula. 

Bunyi Contoh Perkataan 
/sy/ syarikat, syamsiah, syarak, isyarat, isyak 
/kh/ khabar, khadam, khas, bakhil, tarikh 
/gh/ ghairah, ghalib, ghazal, maghrib 
/f/ fakir, fitrah, tafsir, tafahus, mualaf 
/dh/ darab, darurat, kadi, fardu, haid (bunyi ini dilambangkan dengna huruf d) 
/z/ zalim, zaman, wazir 
/th/ sabit, selasa, isnin, misal, hadis (disebut sebagai `s') 
/q/ qari, qadim, furqan 

Daripada bahasa Inggeris (atau bahasa-bahasa Eropah lain) bahasa Melayu telah meminjam bunyi-bunyi seperti berikut (lihat jadual): 

Bunyi Contoh Perkataan 

/f/ fasa, fokus, kafe, sofa lif, staf 
/v/ vaksin, vakum, novel, televisyen 
/sy/ syampu, syif, televisyen, kusyen 
/z/ zip, zon, dozen, gazet 

Imbuhan Asing 
Bahasa Melayu juga telah meminjam imbuhan asing daripada tiga sumber bahasa, iaitu bahasa Sanskrit, Arab-Parsi, dan Inggeris-Eropah. 
Imbuhan yang dipinjam terdiri daripada awalan dan akhiran. Lihat jadual di bawah. 
Sumber Jenis Imbuhan Imbuhan Contoh Perkataan 
Sanskrit awalan maha- maharaja, mahaguru, mahasiswa 

pra- prakata, prasangka, prauniversiti 
tata- tatacara, tatarakyat, tatasusila 
swa- swasta, swadaya, swalayan 
eka- ekabahasa, ekafungsi, ekanada 
dwi- dwibahasa 
panca- pancaindera, pancalogam,. 
akhiran -man seniman, budiman 
-wan karyawan, hartawan 
-nita biduanita 
-wati seniwati, angkasawati 

Arab-Parsi Awalan bi- binomial, biadab, bimormal 


Akhiran -i abadai, insani, akhiri 
-wi duniawi 
-iah ilmiah 
-in hadirin 
-ah ustazah 
-at hadirat 

Inggeris-Eropah Awalan anti- antibiotik, anti-Yahudi 
pro- prokerajaan, pro-Amerika 
poli- poliklinik 
auto- autonomi, autograf 
sub- subgolongan, subbidang 
supra- supranasional, suprakelas 
Akhiran -al klinikal, kritikal, praktikal 
-isme idealisme, nasionalisme 

Pengaruh Bahasa Inggeris 
Aspek Pinjaman 
Kosa kata: lokap, komen, polis, saman, notis, doktor, warden, bas, lori, kelas, sarjan, lesen, tenis, elaun, aiskrim, opera, motokar, radio, reformasi, demokrasi, nepotisme, teknologi, sains, komputer. 
Pinjaman Nahu 
Kopula/kata pemeri: Ialah dan adalah (is) 
Pinjaman Peribahasa: Beban kerja (work load), bulan madu (honey moon), ulat buku (book worm), hitam putih (black and white), di mana ada kemahuan di situ ada jalan (where there's a will there's a way). 

No comments:

Post a Comment